Saturday, October 24, 2009

how to decribe... creative thinking???

kreativiti????

Apakah itu kreativiti dan inovasi? Entahnya susah sikit nak jawab nih… kena tanya orang yang kreatif dan sentiasa berinovasi daaa…

Kreativiti adalah satu sikap atau tabiat atau bakat yang boleh anda gunakan samada untuk ke arah kebaikan atau keburukan. Ia terpulang kepada diri anda sendiri mahu menggunakannya untuk faedah masa depan atau sebaliknya. Jika anda menggunakan kreativiti untuk menghasilkan keuntungan yang berganda sudah tentunya anda boleh tambah pendapatan secara sambilan di samping mendapat duit yang mudah dan mengalir tanpa henti selagi ada permintaan. Selagi hayat anda masih ada selagi itu anda boleh berkreativiti… Boleh buat duit dengan kreativiti.

Ape keh hal buat duit dengan kreativiti?????? Betul ke ayat gitu?

Kreativiti memang perlu ada. Bakat pun kena ada. Sudah tentunya kreativiti itu seiring dengan inovasi dan bukan motivasi semata-mata.

Kreativiti sudah tentunya menggunakan minda untuk kita fikirkan segala macam yang ingin kita rekaciptakan. Sebagaimana contoh nak buat rekaan logo ke? Rekaan kain batik terkini ke? Design blog ke… nak buat blog sendiri ke… Maka hasil dari kreativiti yang sedia ada itu lahirlah inovasi yang menggerakkan minda ke arah satu matlamat untuk menghasilkan produk yang lebih canggih lagi dari asal.

Hang cuba hambik telefon bimbit zaman kuno yang boleh sms text semata-mata dan bandingkan dengan telefon bimbit canggih masa kini. Sudah tentunya ia cukup berbeza hasil kreativiti dan inovasi.

Menukar hobi anda menjadi wang yang lumayan atau menggunakan barangan sedia ada di rumah sebagai wang tambahan yang anda inginkan untuk tambah duit dengan duit mudah secara online. Maka gunakan kreativiti anda untuk menghasilkan wang yang lumayan dengan penuh ketekunan dan kesabaran.

Inovasi sudah tentunya seiring dengan kreativiti. Tengok aje jepun selepas perang dunia yang mereka alami tidak lama dulu. Mereka menggunakan kreativiti dan kemudian berinovasi untuk menghasilkan produk yang sedia ada pada tahap yang lebih canggih sedikit dari produk asal. Salah satunya adalah brainstorming.

Kalo tak silap pelekat baju angkasawan terhasil dari brainstorming hasil belekan helaian kamus. Nak try buat brainstorming boleh cuba laa kalo mahu.

Letakkan kamus dan kemudian siapkan sebijik telefon dan kemudian belek kamus untuk mencari perkataan yang membolehkana anda merobah telefon bimbit itu menjadi lebih canggih sedikit dari asal… macam mana? Boleh????

Jangan lupa untuk mendapatkan pakej percutian yang menarik sekiranya anda buntu mencari idea untuk menghasilkan rekaan rekaan unik dan kreatif yang anda inginkan. Rehatkan minda… pergilah bercuti.

kritikan untuk Seorang Pelukis yg Aktif berkarya......





Kretiviti Dalam Seni Visual Kursus ini membincangkan prinsip dan konsep aspek-aspek kreativiti dalam Seni Visual serta peranan dan kepentingan pemikiran kreatif, kritis dan efektif. Pengolahan idea, proses pengkaryaan dan penciptaan bentuk yang kreatif juga turut dibincangkan.

Hasil Pembelajaran :

1. Menganalisis secara komprehensif perkaitan antara pemikiran kreatif dan proses kreatif dalam seni visual. 2. Mengklasifikasi kreativiti dalam proses pengkaryaan seni visual. 3. Menghuraikan konsep kreatif dalam proses penghasilan karya seni visual. 4. Menganalisis proses kreatif dalam pengkaryaan bidang seni visual. 5. Menilai ciri-ciri dan prinsip kreatif dalam

seni dan muzik

Seni adalah keindahan. Ia merupakan ekspresi roh dan budaya manusia yang mengandungi serta mengungkapkan keindahan. Ia lahir dalam diri manusia, didorong oleh kecenderungan seniman kepada yang indah biar apa pun jenis keindahan itu.

Dorongan tersebut memaparkan naluri manusia atau fitrah yang dianugerahkan oleh Allah kepada hamba-hamba-Nya. Kesenian adalah unsur dan alat yang ampuh dalam pertumbuhan pendidikan dan kebudayaan bangsa yang sedang membangun.

Seni sentiasa menjadi perbincangan dalam mana-mana sejarah, kebudayaan dan ketamadunan manusia. Ia merupakan hasil kreativiti yang mencerminkan manifestasi pemikiran, emosi dan inovasi setiap individu.

Tetapi muzik pula adalah hasil seni berbentuk bunyi-bunyian yang juga terhasil daripada kreativiti seseorang. Islam sebagai sistem hidup yang sempurna mengharuskan hiburan dengan maksud tertentu yang boleh membawa kebaikan.

Seni lagu yang diharuskan oleh syarak boleh menjadi alat mendidik sambil berhibur. Muzik dan tari antara ciri-ciri kehidupan yang melahirkan gerak irama membawa manusia ke alam luas, jauh dan syahdu.

Suara azan membangkitkan ghairah manusia mentakbirkan nama Maha Pencipta. Rentak dan gendang menyemarakkan semangat kepahlawanan para pejuang yang sedang berjuang, pekerja yang sedang bertugas. Lagu dodoi seorang ibu dengan penuh pengharapan mempercepatkan pertumbuhan bayi dalam ayunan.

Berbicara mengenai muzik dalam Islam sebenarnya membawa kita membicarakan satu unsur penting dalam tradisi kerohanian Islam, bahkan muzik merupakan satu disiplin ilmu dalam pembaharuan falsafah Islam.

Di kalangan ahli sufi Islam, muzik merupakan wahana penting dalam meningkatkan tahap kerohanian di samping membentuk jiwa yang lembut, membangkitkan kedamaian rasa dan ketenangan hati.

Bidang kebudayaan dan kesenian merupakan alat untuk menentukan perwatakan bangsa. Bidang seni dan kebudayaan dianggap sebagai alat pembangunan. Oleh itu, meninggalkan cabang ini bererti menyisihkan jalan yang boleh membantu mencapai pembangunan bangsa.

Masyarakat Islam sendiri terutama mereka yang terdiri daripada lingkungan alim ulama, perlu mencapai kata sepakat dalam memandang serta menilai masalah seni dan kebudayaan keseluruhannya.

Wednesday, October 14, 2009

kreativiti dalam seni visual


Definisi Kreativiti

Definisi Kreatif

Pemikiran kreatif sudah lama dibincangkan dan dibahaskan secara ilmiah. Sering kali terdapat perbezaan tanggapan pada pengertian ‘kreatif’ itu. Namun begitu, hal ini adalah perkara biasa dalam dunia akademik kerana masing-masing merupakan tokoh akademik, penyelidik, sarjana dan dapat mengemukakan konsep yang asli berdasarkan pemerhatian, pengalaman, kajian dan latar disiplin ilmu yang mereka miliki. Menurut kamus Webster’s (1976) pemikiran kreatif ialah, “The ability to bring something new existence”. Definisi ini memperlihatkan kreativiti itu adalah kebolehan mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali. Apabila direnung dan difikirkan secara mendalam, dapatkah manusia yang mempunyai sifat yang lemah mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali, iaitu daripada ‘tiada’ kepada ‘ada’. Definisi ini seolah-olah melambangkan suatu tingkah laku dan pemikiran manusia yang hebat, dapat melakukan apa saja yang diinginkan. Malah, dalam keadaan kritikal sekalipun, manusia masih dapat membuktikan kemampuannya menyelesaikan sesuatu masalah. Maka, dapatlah disimpulkan definisi ini terlalu ekstrem bagi menggambarkan kemampuan dan kebolehan manusia berkreativiti.
;