Sunday, January 3, 2010

info ketenteraan

Tentera Darat Malaysia

1. Kenderaan Tempur
40 unit Kereta Kebal Utama PT-91M Pendekar
26 unit Kereta Kebal Ringan FV-101 Scorpion (dengan meriam 90mm kaliber)
241 unit Kenderaan Tempur Perisai ACV-300 Adnan (30 unit dalam pembinaan)
111 unit Kenderaan Tempur Perisai MIFV (Modenisasi dari KIFV buatan Republik Korea)
160 unit Kenderaan Tempur Perisai Simbas 90 (dengan meriam 90mm kaliber)
457 unit Kenderaan Perisai Pengangkut Rheinmetall Condor
25 unit Kenderaan Perisai Ringan Alvis Stomer
80 unit Kenderaan Perisai Ringan Haegglunds Bandvagn 206
4 unit Kenderaan Arahan Artilleri Avibras AV-VBL


2. Kenderaan Sokongan Tempur
3 unit Kenderaan Perisai Baikpulih MID-M (menggunakan casis PT-91M)
5 unit Kenderaan Sistem Jambatan PMC-Leguan (menggunakan casis PT-91M dengan sistem Jambatan MLC 60 dengan 26m panjang)
24 unit Kenderaan Perisai Baikpulih Simbas 90

3. Sistem Artileri & Roket
18 unit Sistem Pelancar Roket Berganda Avibras Astros II Keris (dengan 300mm kaliber)
28 unit Sistem Artileri Medan Denel G5 Mk 3 (dengan 155mm kaliber)
15 unit Sistem Artileri Medan Vickers FH-70 (dengan 155mm kaliber)
200 unit Sistem Artileri Medan Oto Melara 105mm Mod 56 (dengan 105mm kaliber)
8 unit Kenderaan Pembawa Mortar ACV-S 300 (dengan 120mm kaliber)

4. Sistem Pertahanan Udara
29 unit Sistem Meriam Berkembar Oerlikon GDF-005 (dengan 35mm kaliber)
36 unit Sistem Meriam Bofors L/70 (dengan 40mm kaliber)
15 unit Sistem Misil Pertahanan Udara MBDA Rapier Jernas
700 unit Sistem Misil Pelancar Bahu Shorts Starburst (kebanyakan dipasang ke atas platform pelancar)
500 unit Sistem Misil Pelancar Bahu Anza Mk II
200 unit Sistem Misil Pelancar Bahu 9K38 "Igla" (terdapat juga versi pelancar berplatform)
beberapa unit Sistem Misil Pelancar Bahu FN-6

5. Kenderaan Pengangkutan
Trak Kargo 4 x 4 GS HICOM Handalan dengan bebanan 3 tan
Trak Penunda 4 x 4 Pinzgauer dengan bebanan 2 tan
Trak Pengangkut Mortar 6 x 6 Pinzgauer dengan bebanan 2 tan
Kenderaan Ringan Taktikal 4 x 4 URO VAMTAC (85 unit dalam tempahan)
Kenderaan Baikpulih Ringan 4 x 4 Isuzu FTS33H
Kenderaan Komunikasi 4 x 4 Isuzu FSS32G
Ambulans Medan 4 x 4 IVECO M4010
Ambulans Medan 4 x 4 Gomba Stonefield
Kenderaan Komunikasi Satelit 4 x 4 IVECO M4012
Kenderaan Ringan Taktikal 4 x 4 Land Rover Defender
Kenderaan Ringan Taktikal 4 x 4 G-Wagon

6. Sistem Anti-Perisai
Raifal Tanpa Anjal M40 (kebanyakan dipasang ke atas kenderaan ringan taktikal)
Raifal Tanpa Anjal Carl Gustav M2
Sistem Misil Anti Perisai Baktar-Shikan (juga sebahagian dipasang ke atas kenderaan)
Sistem Misil Anti Perisai 9K115-2 Metis-M (juga sebahagian dipasang ke atas kenderaan)
Sistem Misil Anti Perisai Ringan MBDA ERYX
Sistem Pelancar Roket Bofors Dynamics AT4
Sistem Pelancar Roket C-90 CR
Sistem Pelancar Roket RPG-7

7. Sistem Radar Medan
Sistem Radar Pertahanan Udara 3D Ericsson GIRAFFE
Sistem Radar Pertahanan Udara Oerlikon Skyguard (digunakan secara bersama dengan Sistem Meriam Berkembar GDF-005)
Sistem Radar Pemantauan Artilleri Ericsson ARTHUR
Sistem Radar Pemantauan Artileri Aselsan Askarad GSR

8. Unit Udara Tentera Darat (PUTD)
9 unit Helikopter Pemantauan/Tempur Ringan Aerospatiale SA 316B Alouette III
11 unit Helikopter Pemantau/Tempur Ringan Agusta-Westland A-109H LUH

9. Aset yang mungkin akan diperolehi pada masa akan datang tetapi belum dimuktamadkan
  • 12 - 16 unit Helikopter Tempur sama ada Denel AH-2 Rooivalk/Eurocopter EC 665 Tiger/Agusta-Westland AW129 Mangusta/Kamov Ka-50
  • 12 - 16 unit Sistem Misil Pertahanan Udara KS-1A beserta Sistem Radar HT-233 (MoU telah ditandatangani pada 2004)
  • 530 unit Kenderaan Perisai Pengangkut 8 x 8 sama ada Mowag Piranha IV/FNSS Pars/BTR-90/BTR-4
  • Tambahan bagi unit Sistem Pelancar Roket Berganda Avibras Astros II
  • Sistem Kenderaan Artilleri sama ada CAESAR 155mm/K-9 155mm/PLZ-45 155mm/T-155 Firtina

Sunday, November 1, 2009

pesanan buat sahabat

BISMILLAHIR RAHMAANIR RAHIIM

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami (Allah) telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan keturunan, supaya kamu saling berkenalan (dan beramah mesra diantara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia dari kalangan kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa dari kalangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah Al-Hujurat: Ayat 13)

Saturday, October 24, 2009

how to decribe... creative thinking???

kreativiti????

Apakah itu kreativiti dan inovasi? Entahnya susah sikit nak jawab nih… kena tanya orang yang kreatif dan sentiasa berinovasi daaa…

Kreativiti adalah satu sikap atau tabiat atau bakat yang boleh anda gunakan samada untuk ke arah kebaikan atau keburukan. Ia terpulang kepada diri anda sendiri mahu menggunakannya untuk faedah masa depan atau sebaliknya. Jika anda menggunakan kreativiti untuk menghasilkan keuntungan yang berganda sudah tentunya anda boleh tambah pendapatan secara sambilan di samping mendapat duit yang mudah dan mengalir tanpa henti selagi ada permintaan. Selagi hayat anda masih ada selagi itu anda boleh berkreativiti… Boleh buat duit dengan kreativiti.

Ape keh hal buat duit dengan kreativiti?????? Betul ke ayat gitu?

Kreativiti memang perlu ada. Bakat pun kena ada. Sudah tentunya kreativiti itu seiring dengan inovasi dan bukan motivasi semata-mata.

Kreativiti sudah tentunya menggunakan minda untuk kita fikirkan segala macam yang ingin kita rekaciptakan. Sebagaimana contoh nak buat rekaan logo ke? Rekaan kain batik terkini ke? Design blog ke… nak buat blog sendiri ke… Maka hasil dari kreativiti yang sedia ada itu lahirlah inovasi yang menggerakkan minda ke arah satu matlamat untuk menghasilkan produk yang lebih canggih lagi dari asal.

Hang cuba hambik telefon bimbit zaman kuno yang boleh sms text semata-mata dan bandingkan dengan telefon bimbit canggih masa kini. Sudah tentunya ia cukup berbeza hasil kreativiti dan inovasi.

Menukar hobi anda menjadi wang yang lumayan atau menggunakan barangan sedia ada di rumah sebagai wang tambahan yang anda inginkan untuk tambah duit dengan duit mudah secara online. Maka gunakan kreativiti anda untuk menghasilkan wang yang lumayan dengan penuh ketekunan dan kesabaran.

Inovasi sudah tentunya seiring dengan kreativiti. Tengok aje jepun selepas perang dunia yang mereka alami tidak lama dulu. Mereka menggunakan kreativiti dan kemudian berinovasi untuk menghasilkan produk yang sedia ada pada tahap yang lebih canggih sedikit dari produk asal. Salah satunya adalah brainstorming.

Kalo tak silap pelekat baju angkasawan terhasil dari brainstorming hasil belekan helaian kamus. Nak try buat brainstorming boleh cuba laa kalo mahu.

Letakkan kamus dan kemudian siapkan sebijik telefon dan kemudian belek kamus untuk mencari perkataan yang membolehkana anda merobah telefon bimbit itu menjadi lebih canggih sedikit dari asal… macam mana? Boleh????

Jangan lupa untuk mendapatkan pakej percutian yang menarik sekiranya anda buntu mencari idea untuk menghasilkan rekaan rekaan unik dan kreatif yang anda inginkan. Rehatkan minda… pergilah bercuti.

kritikan untuk Seorang Pelukis yg Aktif berkarya......





Kretiviti Dalam Seni Visual Kursus ini membincangkan prinsip dan konsep aspek-aspek kreativiti dalam Seni Visual serta peranan dan kepentingan pemikiran kreatif, kritis dan efektif. Pengolahan idea, proses pengkaryaan dan penciptaan bentuk yang kreatif juga turut dibincangkan.

Hasil Pembelajaran :

1. Menganalisis secara komprehensif perkaitan antara pemikiran kreatif dan proses kreatif dalam seni visual. 2. Mengklasifikasi kreativiti dalam proses pengkaryaan seni visual. 3. Menghuraikan konsep kreatif dalam proses penghasilan karya seni visual. 4. Menganalisis proses kreatif dalam pengkaryaan bidang seni visual. 5. Menilai ciri-ciri dan prinsip kreatif dalam

seni dan muzik

Seni adalah keindahan. Ia merupakan ekspresi roh dan budaya manusia yang mengandungi serta mengungkapkan keindahan. Ia lahir dalam diri manusia, didorong oleh kecenderungan seniman kepada yang indah biar apa pun jenis keindahan itu.

Dorongan tersebut memaparkan naluri manusia atau fitrah yang dianugerahkan oleh Allah kepada hamba-hamba-Nya. Kesenian adalah unsur dan alat yang ampuh dalam pertumbuhan pendidikan dan kebudayaan bangsa yang sedang membangun.

Seni sentiasa menjadi perbincangan dalam mana-mana sejarah, kebudayaan dan ketamadunan manusia. Ia merupakan hasil kreativiti yang mencerminkan manifestasi pemikiran, emosi dan inovasi setiap individu.

Tetapi muzik pula adalah hasil seni berbentuk bunyi-bunyian yang juga terhasil daripada kreativiti seseorang. Islam sebagai sistem hidup yang sempurna mengharuskan hiburan dengan maksud tertentu yang boleh membawa kebaikan.

Seni lagu yang diharuskan oleh syarak boleh menjadi alat mendidik sambil berhibur. Muzik dan tari antara ciri-ciri kehidupan yang melahirkan gerak irama membawa manusia ke alam luas, jauh dan syahdu.

Suara azan membangkitkan ghairah manusia mentakbirkan nama Maha Pencipta. Rentak dan gendang menyemarakkan semangat kepahlawanan para pejuang yang sedang berjuang, pekerja yang sedang bertugas. Lagu dodoi seorang ibu dengan penuh pengharapan mempercepatkan pertumbuhan bayi dalam ayunan.

Berbicara mengenai muzik dalam Islam sebenarnya membawa kita membicarakan satu unsur penting dalam tradisi kerohanian Islam, bahkan muzik merupakan satu disiplin ilmu dalam pembaharuan falsafah Islam.

Di kalangan ahli sufi Islam, muzik merupakan wahana penting dalam meningkatkan tahap kerohanian di samping membentuk jiwa yang lembut, membangkitkan kedamaian rasa dan ketenangan hati.

Bidang kebudayaan dan kesenian merupakan alat untuk menentukan perwatakan bangsa. Bidang seni dan kebudayaan dianggap sebagai alat pembangunan. Oleh itu, meninggalkan cabang ini bererti menyisihkan jalan yang boleh membantu mencapai pembangunan bangsa.

Masyarakat Islam sendiri terutama mereka yang terdiri daripada lingkungan alim ulama, perlu mencapai kata sepakat dalam memandang serta menilai masalah seni dan kebudayaan keseluruhannya.

Wednesday, October 14, 2009

kreativiti dalam seni visual


Definisi Kreativiti

Definisi Kreatif

Pemikiran kreatif sudah lama dibincangkan dan dibahaskan secara ilmiah. Sering kali terdapat perbezaan tanggapan pada pengertian ‘kreatif’ itu. Namun begitu, hal ini adalah perkara biasa dalam dunia akademik kerana masing-masing merupakan tokoh akademik, penyelidik, sarjana dan dapat mengemukakan konsep yang asli berdasarkan pemerhatian, pengalaman, kajian dan latar disiplin ilmu yang mereka miliki. Menurut kamus Webster’s (1976) pemikiran kreatif ialah, “The ability to bring something new existence”. Definisi ini memperlihatkan kreativiti itu adalah kebolehan mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali. Apabila direnung dan difikirkan secara mendalam, dapatkah manusia yang mempunyai sifat yang lemah mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali, iaitu daripada ‘tiada’ kepada ‘ada’. Definisi ini seolah-olah melambangkan suatu tingkah laku dan pemikiran manusia yang hebat, dapat melakukan apa saja yang diinginkan. Malah, dalam keadaan kritikal sekalipun, manusia masih dapat membuktikan kemampuannya menyelesaikan sesuatu masalah. Maka, dapatlah disimpulkan definisi ini terlalu ekstrem bagi menggambarkan kemampuan dan kebolehan manusia berkreativiti.

Tuesday, July 28, 2009

cantiknye

Masalah saudara Islam kita

Kondisi negara kita seperti apa ?

Kita relatif damai, kita tidak ada perang antar negara. Namun, kondisi kita masih ada potensi kerawanan konflik yang tinggi terutama dari sudut kesenjangan sosial. Potensi kerawanan kesenjangan sosial jika tidak ditangani dengan hati-hati dan tidak bisa diatasi memicu konflik yang sangat memuncak. Menurut saya, jika dilihat dari segi qalbu sekarang ini kita tidak damai. Kita melihat keserakahan, kerakusan, kekerasan, kesadisan, kebiadaban, kedzaliman, ketidak adilan merebak. Situasi tersebut sangat jauh dari makna damai yang sejati menurut Islam.

Latar belakang konflk ?

Latar belakangnya berawal dari ketidak adilan. Perasaan diperlakukan tidak adil ini memicu orang berbuat anarkis. Jika melihat akarnya memang bermuara dari sana. Namun, terdapat faktor lain seperti adanya dukungan dari luar, serta situasi eksternal yang memungkinkan lahirnya faktor tersebut berkembang. Saat kasus Timor Timur mencuat, berawal dari sebuah ketidakpuasan. Pemerintah kita tidak bisa mengatasinya, kemudian mereka mendapat dukungan internasional jadi mereka semakin kuat.

Bagaimana prospek perdamaian dengan GAM ?

Saya tidak mengikuti dengan seksama, saya berharap mudah-mudahan ada upaya terbaik bagi saudara kita di Aceh. Jangan sampai Aceh berpisah dengan Indonesia. Bagaimana pun Aceh ini titik awak perkembangan Islam di Indonesia. Secara historis, kerajaan Islam pertama di Indonesia adalam Samudera Pasai berada di Aceh.

Latar belakang banyak tindak kriminal ?

Faktornya saya kira adalah krisis moral, dan kepercayaan. Orang tidak percaya lagi pada hukum, pada aparat hukum. Kemudian datang krisis ekonomi yang ikut menambah penderitaan rakyat. Menurut saya yang paling prinsip adalah krisis dalam keimanan. Akar dari masalah adalah krisis keimanan yang sangat lekat dengan krisis ekonomi. Dalam hadits dikatakan Kefakiran lebih mendekati kepada kekufuran.

Bagaimana prospek perdamaian Palestina ?

Itu baru detik sangat awal, tapi masih jauh sebenarnya karena masalah utama di Palestina selama ini paling sulit dan paling rumit adalah masalah penyelesaian Yerusalem. Masalah Gaza dari dulu itu tidak terlalu berat, karena itu memang masuk wilayah Palestina yang oleh PBB sendiri wilayah itu harus diserahkan kepada Palestina. Israel itu menjadi anggota PBB, mereka sudah mencaplok sekitar 80 persen wilayah Palestina. lebih parahnya hal itu disyahkan oleh PBB. Adapun Jalur Gaza dan Tepi Barat hanya sekitar 20 persen dari wilayah Palestina. Jalur Gaza itu tidak terlau bermasalah, namun hal yang paling krusial adalah masalah Yerusalem. Itu yang belum dibicarakan sama sekali. Palestina menuntut berdiri negara yang merdeka dengan ibukota Yerusalem Timur. Upaya tersebut ditentang oleh Yahudi Ortodox dan Fundamentalis yang menganggap Yerusalem sebagai kota suci mereka. Pengakuan ini dikuatkan dengan adanya Haekal Sulaiman berada di bawah Masjid Al-Aqsha yang mempunyai nilai-nilai keagamaan bagi mereka. Dari dulu kelompok Yahudi Ortodox dan Fundamentalis menjadi penentang paling keras terhadap upaya Palestina menjadi negera merdeka.

Peran Indonesia mengatasi Konflik Palestina ?

Kadang-kadang saya heran, Indonesia memang sulit berperan di Palestina. Di dalam negeri sajalah pemerintah kita berperan memakmurkan rakyatnya. Jika mau mengatasi Palestina, itu bagian dari diplomasi, tapi tidak perlu seolah-olah kita mau membantu. Intinya kita tidak melakukan hubungan apapun dengan Israel. Saya sendiri kaget mengapa pemerintah bertemu Israel untuk menyelesaikan masalah Palestina. Tugas Departemen Luar negeri kita yang utama adalah bagaimana membangun citra Indonesia di Luar negeri, sehingga menjadi negera yang mempunyai wibawa. Tapi tidak maslah jika Indonesia bisa berperan menyelesaikan Palestina. Menurut saya prioritas pemerintah kita adalah mengatasi bidang ekonomi kita yang semakin terpuruk. Meski masalah Pales
Tetap update informasi di manapun dengan dari browser ponsel anda!

Mencari Jodoh Sebagai Suatu Ikhtiar
PerSoalan yang tidak dapat diselesaikan:
Kita selalu diingatkan yang jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Tuhan. Jadi apakah kita perlu berusaha untuk mendapatkannya. Contohnya mencari jodoh sedangkan ia telah ada dalam ketentuan Allah. Sebagai seorang wanita, bagaimanakah cara untuk berusaha sedangkan ia dilitupi dengan sifat malu.Atau perlukah menanti sahaja jodoh tersebut?

Solat Di Rumah Bukan Muslim

Jika kita bertandang ke rumah non-muslim. Boleh kah kita menunaikan sembahyang fardhu di rumah mereka sekiranya masuk waktu. Setelah diyakini tempat untuk medirikan sembahyang itu bersih, suci dan kita dapat menentukan arah kiblat?


luxor king group

Wednesday, July 22, 2009

masalah saya

Ini masalah saya;

Saya tak dapat nak upload gambar ke pc ni sbb entah kenapa pc ni tak dapat detect camera dan jugak pendrive (dekat usb port). Kenapa yer? Sungguh masalah. So, tak dapat la saya nak upload gambar ke blog saya ni. Sungguh besar masalah saya ini.... Adakah sesiapa yg tahu tentang masalah saya ini???

Assalamualaikum Sahabat

SELAMAT DATANG!! WELCOME!!

Blog ini ttg diri saya, kawan sya, keluarga saya dan kehidupan saya. Di sini sekadar tempat utk berkongsi sesuatu @ segala sesuatu.... Segala persepsi @ pandangan @ pendapat yg diutarakan adalah hasil pengamatan dan pengalaman hidup saya.......

Terima Kasih.
;